US dolar menyambung peningkatan lebih tinggi apabila pasaran mengalihkan tumpuan kepada data-data ekonomi utama yang akan dikeluarkan minggu ini.
Pembukaan sesi Eropah menyaksikan indeks dolar mencapai puncak tertinggi baharu dua bulan sebelum sedikit berundur pada sekitar harga 104.30 berbanding sekumpulan mata wang utama.
Walaupun kesepakatan dalam isu siling hutang dicapai, US dolar tetap menguat memandangkan ia juga menandakan AS selamat daripada mengalami krisis ekonomi yang besar.
Dengan kemajuan yang dicapai, fokus utama pasaran kini terarah kepada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang bakal dijadikan petunjuk seterusnya untuk penetapan dasar Federal Reserve (Fed).
Mencuri tumpuan pada sesi Eropah adalah berita mengenai mesyuarat tergempar antara Kementerian Kewangan, Bank of Japan (BOJ) dan Agensi Perkhidmatan Kewangan.
Bagaimanapun, masih tiada perkembangan terbaharu mengenai apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut setakat ini.
Susulan laporan itu, yen sedikit meningkat berbanding US dolar selepas tergelincir ke paras terendah baharu enam bulan pada awal sesi.
Sementara itu, mata wang euro susut ke paras terlemah baharu dua bulan berbanding greenback, manakala pound pula kekal berlegar di paras terendah satu bulan.
Dolar Aussie pula kekal bertahan pada keuntungan yang dicatatkan walaupun berlaku turun naik harga, manakala dolar kiwi pula terus melemah.
Pada sesi New York akan datang, pelabur mungkin boleh memberi perhatian kepada data keyakinan pengguna AS yang dijangkakan menurun pada bulan Mei.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.