“Pelabur rasa kenaikan kripto ni hanya sementara ataupun tidak?”
Susulan permintaan pelabur telah pulih sejak kebelakangan ini, jumlah Bitcoin (BTC) yang dipegang oleh Dana Dagangan Bursa (ETP) semakin meningkat selepas terjun secara mendadak di bawah 688,000 BTC pada awal Mac.
Pun begitu, ETP yang menambah sebanyak 4,000 BTC pada 2 April telah menjadi sebab keseluruhan pegangannya mempunyai lebih 692,000 aset digital tersebut bernilai $20 bilion.
Menurut penganalisis CryptoQuant Grizzly, para pelabur mula bertindak meningkatkan pegangan BTC masing-masing susulan Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) mungkin menghentikan kenaikan kadar faedahnya.
Sungguhpun Pengerusi Fed Jerome Powell tidak memberi sebarang kenyataan, 58% daripada peniaga sungguh yakin Fed tidak akan menaikkan kadar faedah semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya pada Mei.
Rentetan itu, harga BTC pada masa ini berjaya melonjak sebanyak 3.01% mencapai paras $28,566 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $553 bilion dan meningkat sekitar 4.98% sepanjang minggu lepas.
Antara sebab lain yang mungkin mendorong aset digital tersebut mencanak adalah disebabkan laporan pekerjaan menggalakkan, di mana ekonomi AS berupaya untuk menguncup.
Sementara kebanyakan kripto seperti Ethereum (ETH) turut menyaksikan pergerakan positif apabila raih melebihi 5.74% melepasi paras $1,908 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $230 bilion dan lonjak 7.19% dalam masa 7 hari lepas.
Dalam pada itu, sebahagian pelabur pula lebih selesa menggunakan pendekatan tunggu dan lihat berbanding bertindak terburu-buru dalam membuat sesuatu pelaburan aset digital, ulas ketua penyelidikan di pengurus aset digital Eropah Coinshares bernama James Butterfill.