Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan pasaran akan kekal melemah sehingga suku ketiga.
Ini susulan ketidaktentuan yang mungkin dicetuskan oleh pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada pertengahan Ogos dan kitaran pengetatan dasar berterusan oleh Federal Reserve (Fed).
Berdasarkan pemerhatian HLIB terhadap jurang antara kadar faedah semalaman (OPR) dan kadar dana Fed (FFR), ia melihat bahawa ringgit dan bursa tempatan berpotensi untuk pulih pada suku keempat.
Terdapat juga kemungkinan untuk aliran masuk mudah tunai berikutan ketiadaan pengeluaran KWSP, pemotongan duti setem untuk memulihkan peruncit dan merekodkan pegangan saham asing yang rendah.
HLIB meletakkan sasaran indeks KLCI akhir tahun ini pada 1,530.
Firma penyelidikan itu turut mengunjurkan pertumbuhan melemah pada suku kedua setelah mengambil kira kesan asas rendah yang berkurangan, pertumbuhan global lebih perlahan pada 2022 dan risiko geopolitik yang berpanjangan.
Ekoran itu, keluaran dalam negara kasar (KDNK) diramalkan berkembang sebanyak 4.5% pada 2023 berbanding pertumbuhan 8.7% yang direkodkan pada 2022.
Dalam konteks kadar faedah pula, HLIB menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal pada 3.0% bagi baki tahun ini.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.