Ketika pasaran tidak mengharapkan sebarang reaksi pasaran daripada keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, tetapi ia dilihat menyokong US dolar untuk meningkat.
Powell yang memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat, terus mengulangi kenyataannya untuk meneruskan kenaikan kadar faedah.
Kekuatan US dolar mungkin turut menerima ‘bahang’ daripada Bank of England (BOE) dan Swiss National Bank (SNB) yang menaikkan kadar faedahnya pada hari Khamis.
Selain itu, greenback juga meraih sokongan daripada hasil bon AS 10 yang kembali meningkat tinggi pada 3.80%.
BOE mengejutkan pasaran selepas meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 5.00%, melebihi jangkaan untuk kenaikan hanya 25 mata sahaja.
Reaksi awal mata wang menunjukkan pound ‘spike’ tinggi susulan keputusan tersebut, tetapi menyusut semula lebih rendah tidak lama selepas itu untuk didagangkan sekitar harga 1.2720 berbanding USD pada sesi Asia.
Penganalisis berpendapat reaksi yang dipaparkan pound menunjukkan kebimbangan terhadap impak daripada kenaikan agresif tersebut kepada ekonomi UK.
Sementara itu, mata wang euro turut mempamerkan sedikit penyusutan, berundur dari paras tertinggi satu bulannya pada sekitar harga 1.0949 berbanding US dolar yang lebih kuat.
Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah, UK dan Amerika Syarikat pada hari ini.
Di sisi lain, dagangan dolar Aussie dan New Zealand juga merosot daripada pengukuhan terdahulu, di tengah-tengah sentimen penghujung minggu yang tak menentu.
Yen pula melanjutkan penurunan lebih jauh ke paras terendah terbaharu berbanding US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang lebih tinggi.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.