Saham Tesla Inc merosot sekitar 7% selepas Ketua Eksekutif, Elon Musk dan pasukannya gagal menarik perhatian pelabur dengan pembentangan ‘Master Plan’ di acara hari pelabur di Texas pada Rabu.
Dalam pembentangan tersebut, Musk dan beberapa pegawainya membentangkan rancangan baru mengenai pengurangan kos pemasangan, pelaburan kilang baharu di Mexico dan membincangkan inovasi syarikat dalam menguruskan operasinya.
Pun begitu, apabila Musk membentangkan ‘Pelan Induk 3’ yang paling dinanti-nantikan pelabur, ia hanyalah butiran ringkas mengenai garis masa untuk konsep yang dibentangkan dan beberapa produk baru Tesla.
Beberapa pelabur meluahkan kekecewaan terhadap pelan itu yang diharapkan akan mengumumkan sesuatu yang lebih menarik seperti EV mampu milik.
Malah ada yang menganggap pelan tersebut lebih kepada mesej harapan untuk meluaskan elektrifikasi daripada pelan hala tuju untuk Tesla.
Saham Tesla yang telah kehilangan kira-kira dua pertiga daripada nilainya pada 2022, telah meningkat lebih 60% tahun ini.
Walau bagaimanapun, harga saham mencatat penurunan 1.43% pada hari Rabu sebelum acara dan 5% selepas hari tersebut.
Selain itu, rancangan syarikat untuk menggunakan kenderaan silikon karbida kurang 75% tanpa menjejaskan prestasi atau kecekapan kereta itu, turut mempengaruhi saham pembuat dan pembekal semikonduktor STMicroelectronics (susut 2%) dan Wolfspeed Inc (jatuh 7%).
Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran? Jom join komuniti kami! ~Klik sini