Malang buat pelabur emas apabila logam kuning itu menjunam semula dari paras tertinggi satu tahun disebabkan dagangan US dolar yang kembali menguat.
Pada sesi Asia, emas diniagakan stabil pada sekitar harga $2,000 per auns, susulan penyusutan mendadak pada Jumaat lalu yang mendorongnya tersembam ke paras terendah $1,993.
Minggu lalu, pelabur telah diperlihatkan dengan kemerosotan ketara dalam data jualan runcit Amerika Syarikat pada bulan Mac yang menurun 1%.
Bagaimanapun, US dolar sebaliknya menguat selepas mendapat dorongan daripada kenyataan hawkish gabenor Federal Reserve (Fed), Christopher Waller yang menggesa untuk lebih banyak pengetatan.
Ujarnya, data terbaru yang dikeluarkan menunjukkan Fed tidak membuat banyak kemajuan dalam mengembalikan inflasi kepada sasaran 2% bank pusat.
Ekoran daripada kebangkitan semula US dolar, dagangan emas kembali mencatat penyusutan selain turut dipengaruhi oleh pengambilan untung oleh pasaran setelah memacunya tinggi minggu lalu.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.