Pasaran emas kini meneruskan kenaikannya atas paras $2,000 semasa sesi pembukaan dagangan Asia pagi tadi.
Harga emas naik ke paras tertinggi enam bulan di saat berlakunya kegoyahan pada nilai dolar AS dan hasil bon Treasury AS yang lebih rendah.
Sekitar jam 9.20 pagi tadi, harga emas didagangkan pada nilai $2,017 berbanding semalam yang ditutup pada paras $2,014.
Sementara itu, indeks dolar AS (DXY) susut ke paras terendah sejak penghujung Ogos sekitar 103.20. Ini dapat menaikkan harga emas dalam denominasi dolar AS. Hasil Treasury AS 10 tahun telah jatuh kepada 4.39% berbanding sebelumnya 4.51%.
Seperti yang diperkatakan, Biro Banci Amerika Syarikat melaporkan berlakunya penurunan 5.6% pada jualan rumah baru bulan Oktober kepada 674,000 di bawah konsensus pasaran iaitu 725,000. Berlakunya penurunan pada November Dallas Fed Manufacturing Index kepada -19.9 daripada -19.2.
Tambahan pula, jangkaan inflasi yang lebih rendah membebankan USD dan meningkatkan selera pelabur terhadap komoditi.
Minggu lalu, data PMI AS mencadangkan untuk sektor swasta di AS terus berkembang pada kadar perlahan di awal November. Pasaran kini meletakkan harapan agar Federal Reserve (Fed) mengurangkan kadar faedah pada pertengahan tahun depan.
Menjadi tumpuan, China akan mengeluarkan data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pada Khamis ini. Diramalkan bacaan sektor pembuatan dan perkhidmatan naik kepada 49.9 dan 51.1 masing-masing.
Laporan itu menunjukkan keputusan lebih lemah daripada ramalan dan mampu memberi tekanan ke atas harga emas kerana China merupakan antara pengeluar emas terbesar dunia.
Buat masa sekarang, para trader akan memberikan tumpuan pada data US Housing Price Index, S&P/Case-Shiller Home Price Indices, CB Consumer Confidence dan Richmond Fed Manufacturing Index pada hari ini.
Minggu ini pula, perhatian mereka akan beralih pula pada US Gross Domestic Product (GDP) pada Rabu dan data inflasi Personal Consumption Expenditure (PCE) pada Khamis.