“Mungkin Bukele ni kena la seimbangkan, jangan beli BTC je sampai lupakan rakyat yang susah.”
Seorang ahli ekonomi dan profesor Universiti UCA El Salvador, Rafael Lumus berkata kepada Presiden Nayib Bukele untuk membantu golongan miskin di El Salvador melalui pembelian Bitcoin (BTC) beliau yang sehingga kini tidak mendatangkan manfaat untuk negara itu.
Secara konteks, Presiden Bukele yang menjadi pemimpin El Salvador pada 2019 telah menjadikan negara kecil Amerika Tengah tersebut sebagai tender sah BTC pada 2021 dan bertindak membeli sejumlah kripto sejak dahulu lagi.
Namun, Lumus mencadangkan kepada Bukele mengambil keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan BTC tersebut seterusnya memperuntukkan sedikit bantuan kepada golongan miskin untuk kurangkan beban perlu ditanggung mereka akibat inflasi.
Hal ini kerana El Salvador adalah salah satu negara termiskin di benua Amerika dan negara tersebut turut merekodkan kadar pembunuhan yang sangat tinggi, tetapi akhirnya berjaya menurun secara mendadak di bawah pengawasan Bukele.
Walaupun Bukele sangat popular di El Salvador dan Amerika Latin, tindakan presiden tersebut yang membelanjakan lebih $113 juta untuk membeli BTC telah dikritik oleh pelbagai pihak.
Antaranya adalah Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang didapati mengkritik idea Bukele tersebut dengan menyebut bahawa tidak ramai rakyat El Salvador menggunakan kripto untuk pembelian setiap hari.
Sudah sedia maklum El Salvador menggalakkan perniagaan dan rakyat menggunakan BTC, tetapi tidak ramai peniagaan selain daripada syarikat utama seperti McDonalds atau Starbucks yang berminat dengan aset digital itu.