“Adakah harga token gaming akan naik jika Hong Kong bertindak sedemikian?”
Beberapa token gaming akhirnya berjaya menyaksikan prestasi memberangsangkan selepas ahli parlimen Hong Kong berkata aset digital tersebut tidak mungkin menghadapi peraturan ketat jika tidak terlibat dalam perdagangan sekuriti atau niaga hadapan.
Walaupun tindakan agresif oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) menyebabkan pasaran mata wang kripto jatuh, pendirian optimis Hong Kong telah mendorong pertumbuhan ekosistem aset digital.
Menurut Colin Wu, wartawan China yang memiliki 290,000 pengikut dalam akaun Twitter miliknya memaklumkan bahawa seorang penggubal undang-undang Hong Kong berhasrat ingin menjadikan bursa atau pengurusan aset maya termasuk token gaming tidak perlu dikawal.
Tambahnya lagi, Hong Kong agak terbuka kepada protokol dan projek sedemikian selagi pembangunan Web3 tidak melibatkan sekuriti dan niaga hadapan.
Suka dimaklumkan pendirian yang sangat berbeza daripada AS dan penggubal undang-undang Hong Kong adalah salah satu petanda untuk perubahan dalam pembangunan dari AS ke China dalam jangka panjang.
Menerusi pemerhatian, Internet Computer (ICP), ApeCoin (APE), The Sandbox (SAND), Immutable X (IMX) dan Gala (GALA) telah melihat pemulihan harga pada hari Rabu semalam.
Memang tidak disangkal pendirian positif Hong Kong mengenai gaming dan token Web3 telah mendorong pemulihan token gaming dalam jangka pendek seterusnya mengembangkan lagi ekosistem aset digital tersebut.