Pemberontakan kumpulan Wagner di Rusia pada hujung minggu telah mendedahkan pemerintahan Presiden Vladimir Putin yang ‘retak’, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken.
Terdahulu, Putin telah diancam oleh pemberontakan kumpulan tentera upahan Rusia, Wagner yang dipimpin oleh Yevgeny Prigozhin pada hari Sabtu sehingga mencetuskan ‘perang saudara’.
Kemaraan kumpulan Wagner yang dibimbangi akan menguasai Moscow dan menggulingkan Putin itu bagaimanapun terhenti selepas Prigozhin secara tiba-tiba mengumumkan pemberontakan senjata telah berakhir.
Prigozhin telah memainkan penting dalam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dan pemberontakan ini menandakan cabaran paling serius kepada rejim negara itu dalam beberapa dekad.
Blinken berkata Prigozhin bertanggungjawab terhadap ‘kekejaman yang dahsyat’ di Ukraine dan ia adalah ciptaan langsung oleh Putin yang akhirnya ‘memakan’ dirinya sendiri.
Rentetan daripada pemberontakan tersebut itu juga, Putin menyelar tindakan Prigozhin untuk menggulingkan kepimpinan Kementerian Pertahanan sebagai pengkhianatan.
Bagaimanapun, pertikaian tersebut berhenti dalam masa kurang daripada 24 jam selepas perbincangan antara kedua-dua pihak dilakukan.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.