Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, keuntungan yang diraih minggu lalu gagal dipertahankan apabila pelabur menyaksikan penyusutan semula harga bersambung ke dagangan awal minggu ini.
Pada Khamis, harga memulakan lonjakan dari paras 1.24000 sehingga berjaya berlegar di ketinggian 1.25400 pada Jumaat.
Namun setelah laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan, harga menjunam semula di bawah paras 1.25000 hingga ke paras 1.24500.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-berundur-gold-stabil-66
Pembukaan dagangan awal minggu pada Isnin semalam, penurunan diteruskan lagi sehingga bawah 1.24000 mencecah sekitar 1.23700.
Kemudiannya berlaku lantunan semula sekitar 70 pips selepas pasaran memberi reaksi terhadap terbitan data tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS yang ‘merah’.
Walaupun berjaya meningkat semula, pelabur masih menantikan petunjuk berikutnya sama ada bakal meneruskan peningkatan dengan pergerakan harga masih berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Sekiranya kenaikan diteruskan melepasi halangan itu, paras 1.25000 akan cuba diatasi sebelum mencapai semula ketinggian minggu lalu sekitar 1.25400.
Seterusnya, zon 1.2600 dilihat sebagai rintangan tumpuan yang akan diuji oleh harga ketika corak kenaikan berjaya diteruskan.
Waspadanya sekiranya harga kembali pamerkan penurunan semula hari ini di bawah paras 1.24000.
Akan menjadi petanda corak penurunan akan diteruskan lagi jika harga melepasi paras yang dicecah semalam.
Penurunan lanjut dilihat akan menuju ke zon support 1.23000 yang masih berjaya menahan harga dari jatuh lebih rendah untuk tempoh dagangan 10 minggu ini.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG