Saham Apple tergelincir lebih rendah walaupun laporan pendapatannya menunjukkan peningkatan yang melebihi jangkaan pada suku ketiga.
Hal ini dilemahkan oleh ramalan syarikat itu yang menjangkakan jualannya mungkin akan menurun bagi suku keempat berturut-turut pada suku akan datang.
Apple berkata jualan bagi suku ketiga fiskal berakhir 1 Julai, jatuh 1.4% kepada $81.8 bilion dan pendapatan sesaham meningkat 5% kepada $1.26, mengatasi jangkaan Refinitiv untuk pertumbuhan sebanyak $81.69 bilion dan $1.19 sesaham.
Angka yang lebih baik itu telah disokong oleh kekuatan dalam jualan perkhidmatan yang meningkat 8% pada asas tahunan.
Namun demikian, berlaku kemerosotan yang lebih lemah dalam peranti kebanggaannya, iPhone yang menurun 2% kepada $39.67 bilion daripada $39.91 bilion yang dijangkakan.
Pun begitu, kelemahan tersebut diimbangi oleh jualan kukuh dalam segmen perkhidmatan yang mengandungi Apple TV+ dan oleh jualan di China yang meningkat 8% tahun demi tahun.
Saham Apple jatuh kira-kira 2% selepas Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Luca Maestri berkata syarikat itu menjangkakan prestasi suku keempat fiskal berakhir pada September sama seperti penurunan yang dilaporkannya pada Khamis.