Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
“Adakah sasaran beliau akan menjadi kenyataan ataupun tidak?”
Penganalisis mata wang kripto terkemuka Michaël van de Poppe sungguh percaya bahawa dua kripto yang berpotensi untuk menggunung lebih 100% pada masa hadapan.
Kripto tersebut adalah Litecoin (LTC) dan Chainlink (LINK).
Menurut Poppe kepada 659,700 pengikut Twitter beliau, rangkaian pembayaran peer-to-peer (P2P) LTC sangat berpotensi untuk berkembang susulan ia telah berjaya mengharungi beberapa rintangan teknikal pada minggu lepas.
Beliau turut menjangkakan harga LTC mampu melonjak lebih 135% untuk mencecah $250 daripada $106, tetapi sasaran utamanya dalam masa terdekat ini adalah $180 sebelum meneruskan kenaikan pada paras tersebut.
Beralih pula kepada rangkaian oracle decentralized LINK, Poppe mengatakan bahawa aset digital tersebut berupaya menuntut semula paras sokongan utamanya pada $6 selepas jatuh ke paras terendah 2023 pada $5.
Diperjelaskan lebih terperinci, LINK diramalkan akan mencanak lebih daripada 127% melepasi $15 ataupun lebih tinggi lagi dalam masa terdekat ini , di mana kini harga semasanya berada pada paras $6.60.
Pun begitu, harga LINK masih mencatatkan junaman sebanyak 0.92% pada paras $6.54 dalam tempoh 24 jam lalu manakala LTC pula tergelincir sekitar 3.24% pada $105 namun raih 20.83% sepanjang minggu lepas.
Selain LTC dan LINK, Poppe yang turut meneliti pergerakan XRP berpendapat harganya dapat menembusi $0.53 sekiranya ia tetap kekal pada paras sokongan $0.48 tetapi ia perlu mempunyai lebih banyak pengesahan untuk melonjakkan harganya.


























































