US dolar kekal mempertahankan momentum pengukuhannya untuk diperdagangkan di paras tertinggi 7 minggu pada awal minggu.
Data yang lebih baik daripada jangkaan telah membantu raja mata wang itu untuk mengukuh berbanding pesaing utamanya, menyaksikan indeks dolar melonjak ke 105.20 ketika ditutup minggu lalu.
Bacaan laporan perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat adalah yang terbaru yang dikeluarkan, di mana ia meningkat 0.6% bulan lepas daripada 0.2% pada Disember.
PCE adalah pilihan utama buat Federal Reserve (Fed) untuk penetapan dasar monetarinya, jadi ini menguatkan jangkaan pasaran bahawa bank pusat itu akan menaikkan kadar faedah lebih tinggi.
Pasaran kini menjangkakan kadar dana Fed akan memuncak sehingga 5.395% pada September dan kekal di atas 5% untuk tahun ini, berbanding kadar semasa pada 4.5-4.75%.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/dominasi-usd-benam-matawang-utama?si=679b3447bd584d72a6a99a2adaff1f95&utm_source=clipboard&utm_medium=text&utm_campaign=social_sharing
Antara mata wang paling teruk terkesan dengan pengukuhan dolar greenback adalah yen Jepun yang tergelincir lebih jauh ke paras terlemah 2 bulan pada 136.18 pada sesi Asia.
Sementara mata wang euro pula didagangkan di paras terendah 7 minggu pada sekitar harga 1.0556, dan pound diniagakan suram pada 1.1956 berbanding US dolar.
Di sisi lain, dolar Aussie turut kecundang di paras terendah 7 minggu, manakala dolar kiwi parah di paras terlemah lebih 2 bulan susulan terbitan data jualan runcit New Zealand yang mengecewakan pada suku keempat.
Data yang menjadi fokus pasaran minggu ini adalah data keluaran dalam negara kasar (KDNK) dari Kanada, inflasi dan KDNK Australia dan laporan PMI pembuatan tinjauan ISM AS.
Nak belajar trade forex bersama Team INTRADAY? Jom sertai program mentoring Hustle 24 Hour kami. Klik di sini untuk join.