“Jangan gaduh-gaduh, rasanya BTC dan emas ada kelebihannya sendiri.”
Pemilik pasukan bola keranjang Dallas Mavericks dan pelabur terkenal Mark Cuban bertindak membeli sejumlah Bitcoin (BTC) walaupun pasaran mata wang kripto pada masa ini berada dalam keadaan tidak menentu.
Cuban berkata bahawa emas tidaklah selamat seperti BTC susulan para pembeli sebenarnya tidak memiliki bar seterusnya status mereka sebagai pemilik logam berharga tersebut akan sentiasa dipersoalkan.
Rentetan itu, dalam pada pelabur lain ketakutan, sebaliknya Cuban inginkan harga BTC untuk menjunam bawah lagi supaya beliau dapat melabur lebih banyak dalam aset digital tersebut.
Semasa temu bual bersama Bill Maher, Cuban turut menyatakan emas tidak akan melindungi kekayaan atau portfolio pembeli ketika krisis sambil menambah pemegang emas adalah ‘dungu’ susulan ia bukanlah aset lindung nilai.
Pelaburan dalam BTC sejak beberapa bulan kebelakangan ini semakin meningkat disebabkan keadaan semasa sistem perbankan di Amerika Syarikat (AS) yang bercelaru.
Diperjelaskan lebih lanjut, kebanyakan peniaga mula berminat pada aset spekulatif seperti BTC selepas Silvergate Bank, Signature Bank dan Silicon Valley Bank (SVB) mengalami keruntuhan drastik dalam sekelip mata.
Susulan itu, Cuban berpandangan BTC akan mendaki tinggi pada masa hadapan walaupun kini harga aset digital tersebut masih mencatatkan kerugian sebanyak 1.46% pada paras $27,342 dalam tempoh 24 jam lalu.