Presiden Perancis Emmanuel Macron berhadapan dengan bantahan berhubung pandangan tidak popular mengenai pembaharuan dalam skim pencen. Beliau mengutarakan bahawa beliau mahu kerajaan mengambil langkah memastikan syarikat berkongsi lebih banyak keuntungan mereka dengan pekerja.
Macron, yang berusaha untuk mendapatkan semula inisiatif politik selepas hampir terselamat dalam undi tidak percaya di parlimen minggu ini, membuat kenyataan itu dalam wawancara beliau yang terbaru.
“Kami mempunyai data bahawa syarikat besar yang sedang dalam proses membeli balik saham mereka sendiri. Atas dasar itu, perlunya mencari jalan yang betul tetapi mereka mesti berkongsi keuntungan ebih banyak dengan pekerja mereka,” kata Macron.
Beliau berkata beliau akan meminta kerajaan mengusahakan apa yang disebutnya sebagai “sumbangan berasingan” oleh syarikat untuk manfaat pekerja.
Macron tidak memberikan butiran lanjut dan Kementerian Kewangan tidak segera menjawab permintaan daripada penganalisis untuk mendapatkan maklumat lanjut.