“Pelabur sekarang mesti berdebar nak tengok harga BTC kat mana lagi 3 bulan.”
Usahawan dan pelabur Amerika Syarikat (AS) Balaji Srinivasan yang meramalkan harga mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal mencecah $1 juta dalam 90 hari telah menjadikan beliau sebagai maximalist paling sengit.
Dalam bahasa Web3, maximalist boleh didefinasikan apabila seseorang individu percaya semua kripto lain adalah lebih rendah daripada BTC.
Memandangkan harga BTC kini masih berada di bawah $30,000, komuniti kripto hangat berbincang antara satu sama lain berikutan ramalan berani Srinivasan, namun jumlah nilai pasaran kripto boleh lonjak lebih tinggi jika jangkaan beliau benar.
Susulan kegagalan bank berterusan yang bermula dengan Silvergate ke Silicon Valley Bank (SVB) seterusnya Signature Bank, Srinivasan telah membuat komen tersebut sambil menyalahkan Federal Reserve (Fed) AS punca sistem tersebut runtuh.
Hal ini kerana bank pusat akan mencetak bertrilion dolar yang mungkin mengakibatkan nilainya turun secara perlahan-lahan.
Semasa bercakap dengan pelabur Anthony Pompliano, Srinivasan menyifatkan keadaan makroeknomi AS sekarang sebagai Digital Pearl Harbor dan pencetakan dolar menjadi punca kebanyakan individu takut wang mereka tidak akan berada di dalam bank.
Rentetan itu, Srinivasan meramalkan wang fiat akan mula beralih ke syarikat exchanger kripto dalam jangka panjang.
Setakat penulisan ini, harga BTC melonjak sebanyak 0.63% pada paras $28,117 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $543 bilion.