Pagi tadi, Ringgit Malaysia (RM) dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan berikutan kekurangan minat pemangkin baru.
Jam 10.30 pagi, ringgit kekal tidak berubah pada paras 4.6800 berbanding dolar AS berbanding ditutup semalam pada paras 4.6775.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam berkata bahawa ringgit akan kekal stabil berbanding dolar AS pada sekitar RM4.68 tanpa kehadiran sebarang petunjuk daripada AS berikutan cuti hari Kesyukuran.
Lanjutnya lagi, tumpuan hari ini adalah pada indeks harga pengguna (IHP) Malaysia yang dijangka mencapai 1.9% pada Oktober berdasarkan konsensus.
Jika sasaran itu tercapai, ini akan menunjukkan tahap tidak berubah dan kadar inflasi telah stabil.
Pada pembukaan sesi pagi tadi, ringgit lebih kukuh berbanding kumpulan mata wang utama. Nilai mata wang tempatan mengukuh berbanding euro pada 5.1092, yen Jepun pula kepada 3.1294 dan pound Britain kepada 5.8678.
Manakala, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain. Ia diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada paras 3.4917 dan baht Thailand pula pada paras 13.2475.
Selain itu, ringgit dilihat susut berbanding peso Filipina pada 8.45 dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kekal pada paras 300.7.