Ringgit kini dibuka lebih tinggi berbanding semalam berbanding dolar AS dan berkemungkinan akan kurang mendapat perhatian kerana pasaran masih menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada awal pagi Khamis.
Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid berkata sebarang komen yang menunjukkan ‘dovish’ oleh Federal Reserve (Fed) akan memberi pergerakan positif buat mata wang ringgit.
Katanya lagi, kenyataan FOMC nanti mungkin akan menyebut berkenaan unjuran suku tahunan terkini untuk pembolehubah makroekonomi pada tahun 2024, 2025 dan 2026. Pasaran kini berada dalam mod tunggu dan lihat.
Semalam, pengumuman rombakan Kabinet Malaysia turut memberi kesan positif kepada ringgit. Namun, pergerakan itu hanya akan memberi kesan pada jangka masa sederhana kerana ia memerlukan pelaksanaan dasar dan hasil tambah yang baru.
Trader ActivTrades Dyogenes Rodrigues Dinit mengaitkan pasaran kini agak tersepit disebabkan oleh ketidakpastian oleh data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS yang berada pada paras 3.1% dan 4.0% sejajar dengan jangkaan pasaran.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6815/4.6888 berbanding dolar AS daripada 4.6830/4.6855 pada penutupan Selasa.
Ringgit juga diniagakan lebih baik berbanding sekumpulan mata wang utama dunia seperti pound Britain kepada 5.8790/5.8872 daripada 5.8842/5.8873 dan menambah nilai berbanding euro kepada 5.0532/5.0602 daripada 5.0548/5.0575. Ia juga lebih mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3222.222/3.2222.
Ringgit turut didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang Asean lain.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 berbanding ditutup pada 8.42/8.43 dan meningkat sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 299.6/300.2 daripada 299.7/300.1.