Pagi ini, Ringgit Malaysia (RM) dilihat telah mencapai paras 4.70 berbanding AS Dollar dan berkemungkinan akan terus melemah.
Manakala, ringgit juga bakal mencapai paras RM3.50 berbanding dolar Singapura dan penganalisis meramal ia akan mencapai paras RM3.49 menjelang akhir tahun 2023.
Menganalisis Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai berkata pengukuhan dolar Singapura disebabkan oleh kedudukan negara itu sebagai hab kewangan dunia.
Ujarnya lagi, kelebihan itu turut memberi banyak kekuatan Singapura dari segi pengukuhan asas ekonomi dan kewangan.
Isu berkenaan turut dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini oleh ahli Parlimen Dungun, Tuan Haji Wan Hassan untuk meminta Menteri Kewangan menyatakan perancangan Kerajaan dalam menghadapi masalah kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.