Pagi ini, Ringgit Malaysia (RM) dibuka tinggi berbanding dolar AS disebabkan kelemahan berterusan mata wang tersebut. Ringgit melonjak kepada RM4.64 berbanding semalam yang ditutup pada nilai RM4.66.
Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam berkata ringgit akan terus disokong dengan baik apabila Indeks dolar AS susut 0.43% kepada 103.472 mata.
Katanya lagi, lelongan untuk tiga bulan dan enam bulan perbendaharaan AS memperlihatkan hasil yang lebih rendah dengan masing-masing kepada 5.27% dan 5.23%.
Mata wang tempatan dijangka akan diniagakan hampir kepada paras sokongan iaitu pada RM4.6611 berbanding dolar AS.
Ringgit juga dilihat lebih mengukuh berbanding euro daripada 5.0999 kepada 5.0843 sejak semalam. Manakala, yen Jepun pula daripada 3.1456 kepada 3.1380.
Selain itu, ringgit juga lebih tinggi berbanding mata wang Asean lain seperti rupiah Indonesia kepada 300.6 dan dolar Singapura kepada 3.4733.
Selain itu, mata wang tempatan menambah nilai berbanding baht Thailand daripada 1.2784 kepada 13.2450 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.39.