“Itu lah orang kata jangan syok sendiri, nanti sendiri merana.”
Demi menjualnya secepat mungkin, pemilik rumah yang menghiasi kediaman dengan bertemakan mata wang kripto atau digelar “CryptoHouse” mengurangkan harga lebih 20% selepas kebanyakan individu mula hilang minat terhadap rumah North Hollywood itu.
Sebelum ini pada bulan Oktober lepas, “CryptoHouse” yang meletakkan papan tanda neon berkelip di dapur telah dijual dengan harga $1.2 juta, namun sejak 5 Januari rumah tersebut ditawarkan pada harga $949,000.
Rumah tersebut memiliki empat bilik tidur dan tiga bilik air mempunyai pelan lantai terbuka yang sering dibanggakan oleh pemilik rumahnya.
Sementara kertas dindingnya pula menyaksikan imej koleksi non-fungible token (NFT) Bored Ape Yacht Club (BAYC) manakala ruang tamu dan ruang makan memaparkan CryptoPunk.
Selain daripada itu, empat bilik di rumah tersebut juga menunjukkan kertas dinding berbeza, antara tema yang dipilihnya adalah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) serta Dogecoin (DOGE).
Rumah “CryptoHouse” juga didapati tersedia untuk sesiapa sahaja yang berhasrat menyewanya di Airbnb, tetapi tidak perlulah terburu-buru susulan masih tiada tempahan dibuat pada tempoh terdekat ini.
Pada sisi berbeza, projek menggunakan NFT untuk mewakili keperibadian seseorang individu secara visual telah dilancarkan supaya banyak pihak dapat mencipta NFT masing-masing.