Harga emas kekal berlegar pada sekitar harga yang sama ketika pelabur menunggu lebih banyak data ekonomi akan diterbitkan pada minggu ini.
Antara yang paling menjadi tumpuan pastinya laporan minit mesyuarat FOMC yang akan menawarkan pandangan pembuat dasar mengenai dasar monetari mereka.
Pasaran kini menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar penanda aras mereka melebihi 5% menjelang Mei dengan kadar tertinggi dilihat pada 5.3% pada bulan Julai.
Ini susulan bacaan data inflasi pengguna dan pengeluar yang lebih kuat daripada jangkaan pada Januari yang mengukuhkan pendirian Fed untuk meneruskan kenaikan kadar bagi memastikan inflasi turun kepada sasaran 2%.
Selain minit mesyuarat FOMC, data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) teras AS pada hari Jumaat juga bakal dijadikan fokus pelabur.
Ketika sesi Asia, logam kuning itu didagangkan mendatar pada $1,842 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,851 per auns.
Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! KLIK SINI