Bank of Japan (BOJ) membiarkan kadar faedahnya kekal tidak berubah pada mesyuarat dasar yang berlangsung pada sesi Asia hari ini (Jumaat).
Mesyuarat itu adalah yang terakhir dipengerusikan oleh Gabenor Haruhiko Kuroda yang akan menamatkan penggalnya pada bulan April.
BOJ memutuskan kadar faedah kekal pada paras terendah -0.10% dan sasaran hasil bon kerajaan Jepun 10 tahun pula tidak berubah sekitar 0%.
Selain itu, bank pusat juga tidak melakukan apa-apa perubahan dalam dasar kawalan keluk hasil bon (YCC) pada mesyuarat kali ini.
Bank pusat akan terus membeli bon kerajaan Jepun 10 tahun tanpa had untuk mempertahankan had 0.5 peratusnya pada hasil penanda aras.
Keputusan tiada perubahan disepakati oleh sembilan penggubal dasar, meninggalkan masa depan BOJ kepada gabenor Kazuo Ueda yang akan datang.
Mata wang yen susut hampir 0.4% susulan keputusan tersebut yang menyaksikannya didagangkan rendah pada 136.65 berbanding USD.
Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.