“Harapnya BTC nanti berjaya la naik sampai paras tertingginya $68,996.”
Bekas pegawai White House dan pengasas syarikat pelaburan Skybridge Capital, Anthony Scaramucci percaya pasaran mata wang kripto akan pulih semula selepas Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) menghentikan kenaikan kadar faedah.
Scaramucci berpandangan harga aset digital mampu melonjak tinggi sekiranya Fed meletakkan kadar inflasi pada 4% hingga 5%.
Hal ini kerana, laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) pada bulan Disember menyaksikan inflasi AS pada Disember meningkat 6.5%, jatuh dari puncak tertinggi 40 tahun yang dicatatkan 9.1% pada Jun.
Scaramucci berkata syarikatnya berhasrat untuk membeli sejumlah aset digital lain sekiranya pergerakan harga BTC mula melihat kenaikan.
Suka dimaklumkan bahawa Scaramucci adalah antara penyokong tegar BTC yang sangat yakin terhadap aset digital tersebut walaupun pasaran kripto sebelum ini mengalami kejatuhan drastik secara berterusan.
Difahamkan juga beliau mendorong kebanyakan individu untuk mempertingkatkan lagi pelaburan dalam BTC mereka, dengan syarat ia tidak melebihi 5% daripada jumlah simpanan masing-masing.
Galakan Scaramucci adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelabur merasai keuntungan lumayan dan pada masa sama tidak mengalami kerugian yang ketara jika berlaku penyusutan harga.