“Bertabahlah Ripple, SEC ni memang tak akan mengalah.”
Para pelabur pasti sudah ketahui pertikaian undang-undang di mahkamah antara Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) dan Ripple (XRP) sehingga hari ini masih belum menemui penyelesaiannya.
Walaupun mahkamah telah membentangkan definisi khusus mengenai sekuriti, tindakan Pengerusi SEC Gary Gensler berhubung pendekatannya terhadap mata wang kripto melalui Howey Test* telah menjadi sebab Peguam John Deaton menyelarnya.
*Ujian undang-undang yang digunakan di AS untuk menentukan sama ada transaksi layak sebagai kontrak pelaburan dan dianggap sebagai sekuriti di bawah undang-undang persekutuan
Diperjelaskan lebih terperinci, Gensler telah mengorak langkah bersandarkan ideanya tersendiri dalam menentukan bagaimana aset digital harus dikawal sehingga memberi kesan kepada seluruh pasaran kripto.
Menerusi Howey Test, urus niaga adalah sekuriti sekiranya ia adalah pelaburan wang dalam perusahaan biasa yang memperoleh keuntungan daripada usaha orang lain, oleh itu elemen tersebut perlu dipenuhi jika ingin membuktikan kontrak pelaburan sebagai sekuriti.
Difahamkan, tuntutan undang-undang XRP yang berlangsung selama dua tahun telah didakwa oleh XRP baru-baru ini bahawa jualan aset digital mereka akan menjadi sekuriti pada masa hadapan.
Menurut Deaton, kejelasan peraturan adalah bertujuan untuk melindungi pelbagai pihak namun malangnya SEC mengeksploitasi ketidakpastian undang-undang tentang kripto melalui tindakan yang agak agresif.
Sehingga berita ini ditulis, harga XRP menjunam sebanyak 0.30% pada paras $0.46 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran bernilai $23 bilion dan mencatatkan penurunan sekitar 1.34% sepanjang minggu lepas.