“Asyik tangguh je SEC ni, nanti bila dah tahun depan tiba-tiba nak tangguhkan sehingga 2025 pula.”
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) tampaknya menangguhkan keputusannya dalam meluluskan spot Ethereum (ETH) ETF yang dicadangkan oleh Invesco dan Galaxy Digital.
Hal ini kerana SEC memerlukan lebih masa untuk menentukan sama ada ingin meluluskan atau tidak cadangan perubahan peraturan yang akan membenarkan Cboe BZX Exchange menyenaraikan dan memperdagangkan saham Invesco Galaxy ETH ETF.
Pelaburan spot kripto dicadangkan adalah salah satu daripada banyak yang perlu dipertimbangkan SEC, di mana pengawal selia AS tersebut sehingga kini masih tidak pernah meluluskan sebarang ETF atau memberi pendedahan langsung pada BTC mahupun aset digital lain.
Rentetan itu, ditetapkan 6 Februari 2024 sebagai tarikh SEC untuk meluluskan atau tidak mahupun memulakan prosiding dalam menentukan sama ada untuk tidak meluluskan perubahan peraturan yang dicadangkan.
Umum mengetahui Invesco dan Galaxy Digital telah memfailkan permohonan spot ETH ETF pada September 2023 sejurus selepas ia mengaktifkan semula permohonannya untuk spot BTC ETF pada Jun tahun ni.
Menurut spekulasi sesetengah pakar, kelulusan serentak dana daripada pelbagai firma mampu tercetus sekiranya SEC memutuskan ingin meluluskan spot BTC ataupun ETH ETF iaitu perkara paling dinanti-nantikan ramai orang.
Terdapat beberapa firma yang memohon untuk spot kripto ETF, antaranya adalah BlackRock, Hashdex, ARK 21Shares, VanEck dan Fidelity, jadi di sini dapat dilihat memo dikeluarkan SEC sepanjang 30 hari lepas menunjukkan beberapa wakil pengurus aset bertemu dengan SEC untuk bincangkan tawaran ETF.