Reserve Bank of Australia (RBA) sekali lagi mencipta kejutan selepas ia tanpa dijangka meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.10% pada mesyuarat terbarunya.
Berikut merupakan rincian utama yang diambil daripada mesyuarat tersebut.
- Inflasi telah mencapai kemuncaknya, tetapi masih terlalu tinggi.
- Ia akan mengambil lebih masa sebelum kembali dalam julat sasaran bank pusat.
- Pertumbuhan ekonomi telah perlahan dan pengukuhan pasaran buruh berkurangan.
- RBA kekal berwaspada terhadap risiko jangkaan inflasi tinggi yang berterusan mendorong kepada kenaikan lebih besar dalam harga dan gaji.
- Laluan untuk mengelakkan kemelesetan kekal sempit.
- Prospek penggunaan isi rumah kekal menjadi faktor utama kepada ketidakpastian.
- Terdapat juga ketidaktentuan mengenai ekonomi global, yang dijangka berkembang pada kadar di bawah purata dalam beberapa tahun akan datang.
- Beberapa pengetatan lanjut dalam dasar monetari mungkin diperlukan untuk inflasi kembali ke sasaran dalam jangka masa yang munasabah.
- Namun, ia akan bergantung kepada bagaimana ekonomi dan inflasi berkembang.
Ekoran daripada minit yang diterbitkan dapat dilihat bahawa para penggubal dasar RBA sedikit hawkish berikutan peningkatan semula inflasi Australia baru-baru ini.
Dolar Aussie melonjak tinggi sebaik sahaja data tersebut diterbitkan dengan melonjak ke paras tertinggi tiga minggu pada sekitar harga 0.6678 berbanding US dolar.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.