Pagi ini, harga emas dibuka sedikit rendah pada paras $2,030 semasa pembukaan sesi dagangan Asia tadi. Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) naik pada nilai 103.60 mata dan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun pula meningkat kepada 4.32%.
Menurut pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell bersedia untuk melakukan pengetatan dasar lagi jika perlu dan suasana pasaran kini meyakini bahawa kitaran kenaikan kadar faedah telah selesai. Powell juga menyatakan secara jelas bahawa dasar monetari AS telah memperlahankan ekonomi seperti yang dijangkakan.
Penghujung kitaran pengetatan akan menguntungkan pasaran emas. Pada kebiasaannya, kadar faedah yang lebih rendah akan membawa kepada kenaikan harga emas manakala kadar yang tinggi akan memberi tekanan kepadanya.
Biro Banci AS melaporkan penurunan 3.6% terhadap pesanan kilang selepas berlaku kenaikan 2.3% pada bulan Oktober.
Selain itu, serangan ke atas kapal perang Amerika Syarikat di Laut Merah mencetuskan kebimbangan mengenai peningkatan konflik di antara Israel dan Hamas yang berpotensi mengawal harga emas.
Di China, PMI Chinese Caixin Manufacturing untuk November akan dikeluarkan dan dijangka naik kepada 49.8 daripada sebelumnya iaitu 49.5. Data China yang lemah mampu memberi tekanan pada harga emas berikutan China adalah pengeluar dan pengguna emas terbesar di dunia.
Di samping itu, PMI Manufacturing ISM AS pada bulan November dan ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell akan menjadi maklumat penting untuk dipantau bagi menilai pasaran.