“Setiap hari ada je perkara mengejutkan, apa akan terjadi dengan bursa kripto?”
Susulan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) memfailkan usul kecemasan di persekutuan mahkamah untuk membekukan platformnya, bursa mata wang kripto Binance US dilaporkan bakal mengalih keluar ratusan ribu pasangan dagangan (trading pair) pada 8 Jun 2023.
Namun, Binance US memberi jaminan bahawa aset para pengguna akan kekal selamat dan terjamin sementara deposit termasuk pengeluaran berfungsi seperti biasa walaupun bursa kripto itu menghentikan portal dagangan over-the-counter (OTC)*.
*Proses perdagangan sekuriti melalui rangkaian broker-peniaga berbanding di bursa berpusat
Diperjelaskan lebih terperinci, Binance US akan mengalih keluar pasangan Advanced Trading USDT, BTC dan BUSD termasuk AAVE/USDT, AXS/USDT, BCH/USDT, 1INCH/USDT, APE/USDT, ATOM/BTX, DOT/BTC, UNI/BTC, MANA/BTC dan HBAR/BUSD.
Sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk menjadikan Binance US cekap, pasukannya telah mengurangkan bilangan pasangan dagangan tukar yang disokong kepada 226 sahaja.
Pun begitu, bursa kripto tersebut tetap menyokong USDT, USDT, USDC, BNB, ETH, BTC, FET, ATOM, APT , MATIC dan LTC termasuk memecoin seperti Dogecoin (DOGE) serta Shiba Inu (SHIB) yang sejak dahulu lagi raih populariti.
Dapat dilihat di sini SEC bertindak pantas dalam mengeluarkan perintah pembekuan terhadap aset Binance US, tetapi arahan tersebut akan digunakan pada akaun bursa kripto itu yang dipegang di Silvergate Bank, Axos Bank, Prime Trust dan lain-lain.
Setakat penulisan ini, harga Binance BNB (BNB) menjunam sebanyak 6.30% pada paras $261.45 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $40 bilion seterusnya merekodkan penurunan 14.62% sepanjang minggu lepas.