Harga emas merosot pada pembukaan dagangan awal minggu, melihatkannya berundur lebih jauh dari paras tertinggi satu tahun pada sesi Asia.
Pada waktu penulisan, spot emas diniagakan berlegar pada sekitar harga $1,975 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,994 per auns.
Logam kuning itu sebelum ini telah melonjak ke paras harga $2,000 yang dipacu oleh kebimbangan baharu dalam krisis perbankan di Eropah.
Saham bank terbesar di Jerman, Deutsche Bank telah menyaksikan kejatuhan mendadak pada hari Jumaat susulan lonjakan drastik dalam credit default swap (CDS) ke paras tertinggi lebih 4 tahun.
Ini menyebabkan pelabur beralih kepada aset lebih selamat seperti emas dan mata wang safe-haven yang lain.
Pun begitu, keuntungan tersebut kembali berkurangan apabila saham Deutsche Bank kembali melantun berikutan jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah akan memberikan sokongan jika perlu.
Bagaimanapun, harga emas dijangka akan mendapat sokongan berterusan di sebalik kebimbangan krisis perbankan dan jangkaan bahawa langkah pengetatan Federal Reserve (Fed) akan ditamatkan.
Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.