Logam berharga emas kekal didagangkan suram di sekitar paras terendah pada hari Jumaat, meletakkannya di landasan untuk penurunan mingguan keempat berturut-turut.
Meneliti pergerakan harga pada sesi Asia, spot emas diniagakan berlegar pada $1,825 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit meningkat pada $1,832 per auns.
Komoditi itu gagal mempamerkan reaksi ketara susulan terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat yang sedikit tersasar pada suku keempat daripada bacaan awalnya.
US dolar juga kekal kukuh, mengakibatkan dagangan emas kekal di bawah tekanan menjelang penghujung minggu.
Minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan sebelum ini terus memberi sokongan buat US dolar, susulan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan meneruskan kenaikan kadar faedahnya bagi menurunkan inflasi ke sasaran 2% bank pusat.
Tumpuan seterusnya buat pelabur adalah data harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) yang dikeluarkan pada sesi New York akan datang.
Nak belajar macam mana news boleh beri impak pada pasaran? Jom sertai komuniti kami! – JOIN SINI