Pagi ini, harga emas dilihat menunjukkan kenaikan disebabkan faktor dolar AS yang berterusan melemah. Para pelabur menantikan minit mesyuarat Fed terbaru untuk mendapatkan lebih banyak panduan mengenai prospek kadar faedah.
Emas spot naik sebanyak 0.6% kepada $1,988.29 per auns dan emas U.S. futures pula bertambah 0.5% kepada $1,990.10.
Menurut penganalisis logam Marex, Edward Meir berkata bahawa pasaran emas sedang mengalami kenaikan berikutan penurunan dolar akibat hasil bon AS, unjuran dasar monetari bank pusat dan pembalikan kejatuhan sebelumnya.
Dolar merosot hampir ke paras terendah dua bulan kerana pelabur menjangkakan kadar faedah AS bakal diturunkan pada tahun depan. Kejatuhan mata wang itu akan menjadikan emas lebih murah untuk pemegang mata wang lain.
Hasil mesyuarat terbaru Fed menunjukkan tanda-tanda inflasi di Amerika Syarikat telah meningkatkan jangkaan bahawa bank pusat telah selesai menaikkan kadar faedahnya.
Pasaran menjangkakan Fed akan membiarkan kadar faedah tidak akan berubah pada mesyuarat Disember dan pada masa ini ia meletakkan jangkaan bagi 50% untuk pemotongan kadar sekurang-kurangnya 25 mata asas menjelang Mei, menurut FedWatch.
Presiden Fed Richmond, Thomas Barkin meramalkan bahawa situasi inflasi akan berterusan dan menyebabkan Fed mengekalkan kadar faedah yang tinggi di luar jangkaan pelabur.