Hari ini, harga emas kukuh dan akan ditetapkan keuntungannya pada minggu kedua berturut-turut. Hal ini disebabkan oleh dolar AS yang lebih lemah kerana pasaran semakin yakin bahawa Fed telah selesai dengan langkah kenaikan kadar faedahnya.
Harga emas spot kekal pada nilai $1,992.46 per auns. Jongkong emas pula naik sebanyak 0.7% pada minggu ini dan U.S. gold futures ada sedikit perubahan kepada paras $1,993.40.
Menurut penganalisis pasaran KCM Trade Chief, Tim Waterer berkata bahawa trend terkini dalam pasaran kewangan mula terarah kepada kejatuhan dolar AS yang berpotensi untuk menaikkan nilai emas.
Indeks dolar (DXY) mengalami penyusutan sebanyak 0.2% dan kini berada pada landasan penurunan pada minggu kedua. Secara tidak langsung, ini menjadikan harga emas lebih murah bagi pemegang mata wang lain.
Pasaran kini telah menurunkan ramalan pemotongan kadar faedah Fed untuk 2024 setelah bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran jatuh lebih rendah daripada jangkaan minggu lepas.
Pasaran buruh AS dijangka perlahan disebabkan oleh kadar faedah yang kekal tinggi. Walaupun komponen data pekerjaan lebih baik daripada jangkaan, minit Fed menunjukkan proses berhati-hati dalam mengekalkan kadar semasa.
Selain itu, para trader menjangkakan Fed akan membiarkan kadar tidak berubah pada bulan Disember, sebanyak 26% peluang untuk penurunan seawal Mac tahun depan.
Kata Waterer, harga emas masih teragak-agak kerana jangkaan pasaran dan minit Fed tiada kesamaan yang positif. Kadar faedah yang rendah akan mengurangkan kos pemegang emas.