Pergerakan harga tak menentu diperlihatkan pada dagangan Rabu semalam dengan US dolar lemah berbanding beberapa mata wang namun, turut kukuh berbanding beberapa mata wang yang lain.
Berbanding Euro, US dolar bergerak lemah untuk memberi sedikit ruang semula kepada mata wang Eropah itu untuk meningkat selepas ditekan jatuh di awal minggu.
Namun, pelabur masih melihat kesukaran untuk menentukan arah pergerakan harga yang jelas menuju penghujung minggu ini.
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga pada mulanya paparkan penurunan di sesi Asia dari paras 1.07000 yang menjadi rintangan buat harga sebelumnya.
Penurunan mencecah sekitar 1.06600 sebelum berlaku lantunan semula di sesi New York susulan penyusutan US dolar yang telah meningkatkan harga naik.
Kenaikan tersebut dilihat telah melepasi paras rintangan pada 1.07000 dan juga turut menembusi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Ini memberi isyarat awal untuk perubahan trend yang boleh berlaku untuk pergerakan bullish buat harga selepas ini.
Pergerakan harga mendatar di atas zon 1.07000 menuju penutup dagangan sesi New York sehinggalah bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis).
Sekiranya corak kenaikan berjaya diteruskan, paras ketinggian dicapai awal minggu sekitar 1.07500 bakal menjadi sasaran untuk dicabar semula.
Jika berjaya mengatasinya, harga bakal meneruskan kenaikan menuju sekitar 1.08000 untuk catatkan paras ketinggian yang baru.
Sebaliknya jika harga menjunam semula di bawah zon 1.07000, harga berkemungkinan boleh susut lebih rendah berbanding paras dicecah semalam.
Seterusnya, penurunan akan diteruskan menuju zon tumpuan pada 1.05000 dengan memaparkan pergerakan trend bearish yang lebih jelas.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG