Kenyataan hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell turut mengheret harga emas untuk menjunam lebih jauh.
Logam kuning itu didagangkan di paras terendah satu minggu pada $1,810 per auns pada sesi Asia selepas mencatat kejatuhan kira-kira 1.8% pada sesi sebelum ini.
Powell mengejutkan pasaran dengan amaran bahawa bank pusat itu akan menaikkan kadar faedah lebih tinggi dan pada kadar yang lebih cepat daripada dijangkakan.
Ini susulan data inflasi yang masih lagi tinggi dan beberapa data ekonomi Amerika Syarikat lain yang kuat, telah memberi ruang buat Fed melaksanakan lebih banyak pengetatan.
Selain itu, Powell mengatakan keputusan Fed akan disesuaikan pada mesyuarat demi mesyuarat berdasarkan data-data terbaru yang diterbitkan.
Hal ini sekali gus mengembalikan jangkaan pelabur bahawa untuk kenaikan 50 mata asas pada mesyuarat akan datang (23 Mac) dan kadar akhir diramal memuncak pada 6.00% (semasa 4.50%-4.75%).
Ekoran itu, US dolar terus melonjak dan membenam mata wang utama lain lebih rendah termasuk logam kuning emas.
Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran kewangan? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.