Harga emas stabil pada sekitar paras tertinggi satu bulan ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.
Awal dagangan sesi Asia menyaksikan logam kuning itu berlegar pada sekitar harga 1,940 per auns, susut sedikit daripada paras tertinggi $1,947 per auns yang dicapai sebelumnya.
Harga emas telah mencatatkan keuntungan berterusan minggu ini, bangkit lebih jauh daripada paras terendahnya susulan penyusutan dalam dagangan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun.
Ekonomi AS berkembang lebih perlahan pada suku kedua dengan pertumbuhan 2.1% daripada 2.4% sebelumnya, manakala data pekerjaan ADP sektor swasta pula menunjukkan pertambahan lebih lemah dalam pekerjaan pada bulan Ogos.
Hal ini telah mendorong kejatuhan US dolar pada hari Rabu, sebelum ia bangkit semula untuk didagangkan lebih stabil pada hari ini berbanding mata wang utama lain.
Sementara itu, data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE), indikator utama inflasi Federal Reserve (Fed) menunjukkan peningkatan pada kadar tahunan daripada 4.1% kepada 4.2% pada Julai.
Pelabur seterusnya mengalihkan tumpuan kepada data NFP pada sesi New York yang boleh memberi petunjuk kepada tahap kesihatan pasaran buruh di AS.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.