“Pening kepala, CFTC dan SEC semua cakap perkara yang berlainan.”
Pengerusi Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi (CFTC) Amerika Syarikat (AS) Rostin Behnam pada hari Selasa semalam menegaskan sekali lagi bahawa mata wang kripto Ethereum (ETH) adalah komoditi dan bukanlah sekuriti.
Kenyataan tersebut dikeluarkan semasa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS memfailkan tuntutan mahkamah terhadap dua bursa kripto, iaitu Binance dan Coinbase atas kesalahan melanggar peraturan kewangan.
Walaupun sehingga kini masih tiada sebarang kejelasan mengenai undang-undang kripto, SEC tetap mendesak semua bursa yang menawarkan perkhidmatan aset digital untuk mendaftarkan operasi mereka.
Baru-baru ini juga, Gensler telah mencetuskan kontroversi dalam pasaran kripto apabila menyatakan bahawa semua kripto adalah sekuriti kecuali Bitcoin (BTC) susulan berpendapat ia merupakan komoditi di bawah bidang kuasa CFTC.
Pun begitu, Pengerusi CFTC Behnam mengatakan ETH layak menjadi komoditi walaupun draf rang undang-undang untuk mengkategorikan aset digital yang mana sekuriti ataupun komoditi masih sedang dijalankan.
Semasa berada dalam sidang Jawatankuasa Dewan AS, Behnam memang mentakrifkan ETH sebagai komoditi tetapi persoalan timbul apabila Ahli Kongres Austin Scott berkata kripto bukanlah sekuriti dan ia harus dikawal oleh CTFC.
Namun yang menariknya perdebatan mengenai altcoin adalah komoditi atau tidak, telah muncul pada hari Isnin selepas SEC mendakwa 10 altcoin seperti Solana (SOL), Cardano (ADA) dan Polygon (MATIC) yang didagangkan di platform Binance sebagai sekuriti.