Harga emas melonjak ke paras tertinggi terbaru satu tahun selepas dua lagi data ekonomi Amerika Syarikat yang diterbitkan lemah mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan.
Terdahulu pada sesi New York, laporan ADP menunjukkan penurunan dalam pertambahan pekerjaan sektor swasta dan sektor perkhidmatan AS pula berkembang perlahan pada bulan Mac.
Kelemahan ini telah menimbulkan kebimbangan baharu terhadap kemelesetan ekonomi AS, menyebabkan pasaran saham dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun merosot.
Logam kuning itu berjaya mendaki ke paras harga $2,032 per auns sebaik sahaja data ADP diterbitkan, namun kenaikan tersebut gagal diteruskan susulan US dolar yang kembali mencatat pemulihan.
Pada sesi Asia, emas diperdagangkan sedikit susut pada sekitar harga $2,014 per auns, manakala niaga hadapan emas pula diniagakan pada $2,031 per auns.
Pelabur kini menantikan data tuntutan pengangguran pada sesi New York dan laporan pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat sebagai penentu kepada pergerakan emas selanjutnya.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.