“Akhirnya ETH naik juga setelah sekian lama berdiam diri.”
Mata wang kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) menyaksikan pendakian ketara sebanyak 11.18% melepasi paras $2,120 selepas munculnya ketibaan Shapella, iaitu langkah terakhir dalam peralihan rangkaian aset digital itu daripada proof-of-work (PoW) kepada proof-of-stake (PoS).
Shapella adalah naik taraf untuk kedua-dua lapisan pelaksanaan ETH (Shanghai) dan konsensus (Capella) yang membenarkan para pemegang saham aset digital tersebut mengeluarkan deposit staking masing-masing.
Namun persoalan yang masih berlegar-legar di dalam minda pelabur adalah sama ada kenaikan ETH tersebut merupakan petanda positif untuk meneruskan pergerakan bullish ataupun sebaliknya.
Meskipun begitu, harga ETH didapati meningkat tinggi susulan prospek liquidity tambahan dan memperoleh ganjaran staking, di mana sekitar 18.3 juta aset digital itu bernilai $36 bilion telah laksanakan staking.
Menurut Diogo Monica, presiden dan co-founder platform kripto institusi Anchorage Digital berkata bahawa pelabur akan lebih selesa menyimpan ETH mereka dan ia secara langsung membawa kepada penurunan bekalan.
Rentetan itu, permintaan yang semakin meningkat dan naik taraf pada rangkaian ETH tersebut akan menjadi dua sebab utama mengapa harga aset digital tersebut tidak mungkin turun secara besar-besaran, ulas Monica lagi.
Umum mengetahui bahawa prestasi ETH di sekitar naik taraf Shanghai tersebut akan kurang bergantung pada teknikal, tetapi lebih kepada apakah risiko sebenarnya pada masa itu.