“Wow adakah harga MATIC akan tembus $1 dalam masa terdekat ini?”
Harga mata wang kripto Polygon (MATIC) sejak kebelakangan ini mendaki secara ketara apabila rangkaian blockchain aset digital tersebut menyaksikan pertumbuhan ditambah pula terdapat pelaksanaan inisiatif Polygon 2.0.
Para pedagang dilaporkan telah memegang sejumlah besar MATIC tanpa menjualnya dalam masa 30 hari lalu.
Menerusi pemerhatian, harga MATIC yang berjaya mencapai $0.75 daripada $0.67 pada 10 Julai 2023 semalam telah menunjukkan tanda-tanda untuk meneruskan aliran kenaikan lebih tinggi dalam masa terdekat ini.
Suka dimaklumkan terdapat pelbagai sebab top 12 kripto termasuk MATIC menyaksikan kenaikan jangka pendek, antaranya adalah pertumbuhan rangkaian, pengurangan bekalan di bursa kripto dan pengambilan untung yang rendah.
Selain itu, address MATIC baharu turut memuncak sehingga menyebabkan harganya canak lebih 6% dalam masa lapan jam lalu, di mana ekosistem aset digital tersebut baru-baru ini didapati semakin berkembang.
Umum mengetahui MATIC iaitu platform penskalaan layer-2 adalah antara kripto teratas yang telah memeterai perjanjian bersama Deutsche Telekom untuk menjadi salah satu 100 validators pada rangkaian MATIC Proof-of-Stake (PoS).
Setakat penulisan ini, harga MATIC melonjak sebanyak 8.38% pada paras $0.74 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $6 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 4.14% sepanjang minggu lepas.