Emas didagangkan di bawah tekanan pada hari Selasa di tengah-tengah dagangan US dolar yang lebih kukuh.
Ketika penulisan, logam berharga itu didagangkan susut pada sekitar paras sokongan harga $1,931 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,966 per auns.
Menelusuri situasi pasaran pada sesi Asia, greenback tampaknya meraih sokongan daripada kenyataan pembuat dasar Federal Reserve (Fed) yang mendukung kenaikan kadar faedah berterusan.
Gabenor Fed Michele Bowman mengatakan kenaikan kadar faedah tambahan diperlukan untuk menurunkan inflasi ke sasaran 2%, manakala Presiden Fed New York, John William pula berkata bank pusat perlu mengekalkan pengetatan untuk beberapa waktu.
Kenyataan itu hadir menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada hari Khamis, yang diramalkan mencatatkan peningkatan dalam inflasi dengan kenaikan kepada 3.3% pada bulan lalu berbanding 3.0% sebelumnya.
Hal ini menyebabkan emas terus bergelut untuk mendapat tarikan pelabur meskipun data pekerjaan NFP AS baru-baru ini menunjukkan bacaan tersasar daripada jangkaan.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.