“Eh, sibuk je Do Kwon ni. Cepat je dia cari peluang nak lepaskan diri.”
Susulan ingin menolak tuntutan mahkamah difailkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), Terraform Labs dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Do Kwon menggunakan keputusan Hakim Analisa Torres yang mengatakan Ripple (XRP) bukanlah sekuriti.
Terdahulu, Terra termasuk Kwon telah memfailkan dokumen untuk menyokong usulnya yang menegaskan bahawa SEC tidak mempunyai bidang kuasa dan LUNC serta USTC sama sekali bukanlah sekuriti di bawah peraturan kontrak pelaburan.
Ekoran itu, Hakim Jed Rakoff membenarkan defendan dan plaintif memfailkan notis kuasa tambahan mengenai penolakan tuntutan mahkamah tersebut.
Rentetan itu juga, peguam dari firma guaman terkemuka Dentons yang mewakili Terra dan Kwon berkata keputusan penting diumumkan Hakim Torres berhubung kes antara XRP serta SEC tersebut dapat mempengaruhi usul defendan untuk menolak tuntutan mahkamah.
Hal ini kerana SEC berhujah USTC, LUNA, wLUNA dan MIR adalah sekuriti tetapi kes XRP menunjukkan bahawa SEC masih tidak memiliki cukup bukti untuk mendakwa mata wang kripto kecuali Bitcoin (BTC) adalah sekuriti.
Bagi kukuhkan lagi kenyataannya, peguam dari firma Dentons turut mendedahkan SEC bukan sahaja tidak mendakwa USTC dijual di pasaran sekunder malah mengatakan Terra menjual LUNA dan MIR di pasaran sekunder yang sebenarnya bukanlah kontrak pelaburan.
Bukan itu sahaja, keadilan untuk kes Terra dapat ditegakkan lagi apabila mahkamah Korea Selatan turut memutuskan bahawa LUNA bukanlah sekuriti.
Bagaimanapun perlu diketahui jualan LUNA dan MIR tidak seperti XRP susulan kedua-dua aset digital itu lebih kecil dan matlamat ekosistemnya hanyalah mengenai penyertaan oleh peserta dan bukannya membawa nilai pada satu ekosistem.
Sepanjang minggu lepas, harga LUNA canak 10% dan kini didagangkan pada paras $0.65 manakala LUNC serta USTC pula masing-masing raih 4% dan 37% untuk mencapai $0.000089 serta $0.0016.