“Mungkin pasaran kripto nak turun sekejap untuk naik lagi.”
Pasaran mata wang kripto menyaksikan penyusutan selepas statistik mingguan dikeluarkan oleh Jabatan Buruh (DOL) Amerika Syarikat (AS) semalam melaporkan terdapat 228,000 tuntutan pengangguran awal yang difailkan untuk minggu berakhir pada 1 April.
Laporan tersebut adalah lebih tinggi daripada jangkaannya 200,000, namun masih rendah berbanding tuntutan pengangguran awal sebelum ini sekitar 246,000 yang dikemaskini.
Didedahkan juga bahawa kadar pengangguran diinsuranskan pelarasan musim pendahuluan adalah 1.3% pada 237,750 yang mencatatkan penurunan sebanyak 4,520 daripada purata disemak minggu sebelumnya.
Menerusi maklumat lanjut diberikan oleh DOJ, bilangan pendahuluan untuk pengangguran diinsuranskan pelarasan musim pada minggu berakhir 25 Mac ialah 1,832,000, iaitu peningkatan 6,000 berbanding tahap pelarasan minggu sebelum ini.
Susulan tuntutan pengangguran lebih kukuh daripada jangkaan, saham AS telah membuat penurunan kerana bimbang kemelesetan mungkin akan berlaku dalam masa terdekat ini, di mana Dow Jones jatuh 0.4% manakala S&P 500 dan NASDAQ masing-masing tergelincir sebanyak 0.5% dan 0.7%.
Selain saham AS, pasaran kripto turut tidak ketinggalan dalam menerima tempias dengan membuat penurunan kecil apabila Bitcoin (BTC) didapati menjunam hingga ke paras $27,922 sebelum pulih semula pada $28,069, tetapi masih menyaksikan pergerakan mendatar.
Sementara memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) telah membuat terjunan ketara sebanyak 5.01% pada paras $0.08596 dalam tempoh 24 jam lalu selepas berjaya menembusi harga $0.10 pada awal minggu ini.