US Dolar didagangkan pada paras terendah beberapa minggu berbanding euro dan sterling pada hari Rabu,elepas data inflasi A.S. yang lemah secara tidak dijangka mengukuhkan pandangan bahawa Rizab Persekutuan tidak akan menaikkan kadar faedah pada awal pagi Khamis.
Mata wang yuan China juga merosot kepada paras paling lemah dalam tempoh lebih enam bulan selepas bank pusat mengurangkan kadar, dan spekulasi meningkat bahawa lebih banyak rangsangan sedang dalam rancangan untuk menyokong pemulihan ekonomi
Indeks US dolar yang mengukur mata wang greenback berbanding enam mata wang utama didagangkan susut 0.5% kepada paras dagangan 102.395 dan telah mencecah paras terendah sejak 22 Mei.
Pada bulan Mei, indeks harga pengguna (CPI) A.S. mencatatkan peningkatan terkecil tahun ke tahun sejak Mac 2021 pada 4.0%. Peluang Fed menaikkan kadar sebanyak suku mata telah menurun daripada sekitar 21% kepada di bawah 5%.
Menurut pakar strategi MUFG Lee Hardman, pasaran menjangkakan the Fed akan menghentikan kenaikan kadar untuk sementara waktu. Terdapat halangan yang agak tinggi untuk (The Fed) untuk menyampaikan kejutan hawkish malam ini melalui retorik sahaja.
Disisi lain Reserve Bank of Australia dan Bank of Canada telah memilih untuk menaikkan kadar faedah. Tidak mengejutkan, dolar telah kehilangan keuntungan berbanding dolar Australia, yang telah memperoleh 4.3%, diikuti oleh dolar Kanada, yang mengukuh sebanyak 2%.
Euro telah beransur pulih dari paras terendah 2-1/2 bulan pada akhir Mei dan terakhir naik 0.1% pada $1.0805. Bank Pusat Eropah (ECB) menyampaikan keputusannya mengenai kadar pada hari Khamis, dengan kenaikan suku mata kepada 3.50% dijangka secara meluas.
Sterling pula mengukuh 0.59% untuk didagangkan pada paras tertinggi satu bulan $1.2685, di landasan untuk keuntungan 1.1% dalam tempoh dua hari.