Harga minyak yang berterusan meningkat sehingga setakat minggu lalu dilihat memberi sokongan kepada mata wang dolar Kanada.
Ini disebabkan oleh minyak mentah merupakan eksport utama negara Kanada.
Faktor yang dilihat menyokong harga minyak kukuh adalah lanjutan pemotongan pengeluaran oleh Arab Saudi dan Rusia serta optimisme terhadap pemulihan permintaan dari China sebagai negara pengimport terbesar di dunia.
Jika situasi berterusan, dolar Kanada akan mengekalkan pengukuhannya pada minggu ini sementara data inflasi Kanada yang akan diterbitkan pada Selasa akan dipantau.
Minggu lalu dilaporkan sebagai keuntungan mingguan terbesar diraih oleh dolar Kanada sejak dagangan Jun.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga telah memaparkan penurunan sepanjang minggu sehingga mencecah zon 1.35000.
Setelah zon 1.35000 dicecah, harga mula mendatar di atasnya pada penghujung minggu dan begitu juga pada dagangan pembukaan awal minggu ini.
Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD turut diuji namun bergelut untuk harga lepas menandakan pergerakan masih dalam trend bearish.
Jika harga menyambung terjunan di bawah zon 1.35000, pelabur boleh menjangkakan harga untuk jatuh ke sekitar paras tumpuan 1.34000 pula.
Menuju ke sekitar itu akan mencatatkan paras terendah terbaru 6 minggu buat harga.
Namun jika harga melantun naik semula, berkemungkinan memberi petunjuk situasi telah mula berubah dan dolar Kanada kembali melemah semula.
Kenaikan harga bakal menguji sekitar 1.35700 dahulu sebagai rintangan terhampir sebelum harga melanjutkan pendakian lebih tinggi.
Sasaran adalah untuk mencapai zon tumpuan pada 1.36300 atau ketinggian yang dicapai pada 2 minggu yang lalu hampir di paras 1.37000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG