Carta harga pasangan mata wang USD/CAD pada sesi terakhir minggu lalu telah memaparkan pergerakan menarik dengan tumpuan terhadap terbitan laporan pekerjaan bagi kedua-dua negara Kanada dan Amerika Syarikat (AS).
Walaupun US dolar mengukuh berbanding beberapa mata wang utama lain ketika laporan diterbitkan, namun dolar Kanada ternyata lebih mendominasi.
Pada laporan pekerjaan NFP AS, kesemua komponen data adalah positif dengan pertambahan pekerjaan pada bulan April yang lebih baik berbanding ramalan serta purata pendapatan yang turut meningkat.
Selain itu, kadar pengangguran menurun lebih rendah berbanding bulan sebelumnya ketika pasaran menjangkakan angka yang meningkat.
Sementara bagi laporan pekerjaan Kanada pula, pertambahan pekerjaan adalah lebih tinggi berbanding ramalan angka yang menurun untuk April sementara kadar penganguran yang diramal meningkat sebaliknya kekal tidak berubah.
Reaksi selepas kedua-dua laporan diterbitkan pada waktu yang sama menyaksikan dolar Kanada lebih mengukuh berbanding US dolar, menekan harga pada carta USD/CAD susut ke paras terendah terbaru 2 minggu.
Harga yang bergerak di bawah paras 1.35000 telah menyambung penurunan lanjut sehingga menembusi paras 1.34000 pada penghujung sesi New York itu.
Setelah mencecah paras terendah baru sekitar 1.33700, harga mula perlahan dan menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Isnin), harga masih mendatar di sekitar tersebut.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk harga menuju pula paras tumpuan yang berada pada 1.33000 yang menjadi sokongan harga pada dagangan April lalu.
Meneruskan penurunan lanjut akan mendorong harga menuju paras 1.32000 dan bakal mencatatkan paras terendah terbaru 6 bulan.
Namun jika harga berjaya membuat kenaikan semula di atas paras 1.34000, kenaikan harga berkemungkinan boleh menuju semula ke 1.35000 untuk menguji zon penting itu.
Seterusnya, pelabur akan menilai isyarat bullish untuk menyokong harga menyambung kenaikan ke paras yang lebih tinggi. Sasaran adalah untuk mencapai semula zon rintangan pada 1.36600.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG