Menjejak masuk ke sesi Eropah, US dolar kekal mempertahankan pengukuhannya pada paras tertinggi enam bulan berbanding kebanyakan mata wang utama.
Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar mengukuh pada sekitar harga 104.77, ketika penulisan.
Raja mata wang itu telah memaparkan lonjakan ketara pada hari Selasa mengikuti hasil bon AS 10 tahun yang meningkat pada 4.22% selepas dibuka semula dari cuti hujung minggu yang panjang.
Pengukuhan greenback turut disokong oleh sentimen negatif pasaran yang dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi di China.
Pasaran kini memberi tumpuan kepada penerbitan data PMI perkhidmatan ISM Amerika Syarikat yang dijangka terus menunjukkan pengembangan pada bulan Ogos, dengan kadar sedikit perlahan.
Selain itu, pelabur juga akan menyaksikan keputusan kadar faedah oleh Bank of Canada (BOC) yang dijangka mengekalkannya tidak berubah pada paras 5.00%.
Dolar Kanada susut lebih jauh ke paras terendah terbaru enam bulan menjelang mesyuarat BOC, di samping turut terkesan oleh harga minyak yang kembali berundur dari paras tertinggi 9 bulan.
Sementara itu, mata wang euro dan pound pula kekal berlegar pada paras terlemah tiga bulan berbanding greenback. Pada penghujung sesi Eropah, akan ada pembicaraan laporan dasar Bank of England (BOE).
Gabenor BOE dan beberapa ahli penggubal dasar lain akan memberi keterangan mengenai inflasi dan prospek ekonomi di hadapan Jawatankuasa Kewangan Parlimen.
Walaupun berimpak sederhana, pelabur mungkin boleh memberi perhatian untuk sebarang pergerakan dalam mata wang pound.
Dalam pada itu, dolar Aussie dan New Zealand kekal didagangkan pada paras terendah sejak November tahun lepas, ditekan oleh US dolar yang lebih kuat.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.