Logam berharga emas kekal didagangkan di bawah tekanan ketika US dolar terus mempertahankan pengukuhan menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.
Ini diperlihatkan dengan pergerakan emas pada sesi Asia, di mana logam kuning itu diniagakan berlegar sekitar paras terendah satu bulan pada $1,860 per auns.
Corak kenaikan harga emas telah berubah selepas laporan pekerjaan AS yang kukuh menyokong dolar greenback.
Malah, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell juga mengatakan jika data pekerjaan kekal kukuh dan inflasi kekal tinggi secara berterusan, bank pusat mungkin menaikkan kadar lebih tinggi daripada jangkaan.
Hal ini telah memberi sokongan buat US dolar untuk bangkit semula dari paras terendahnya, dan kini pelabur memberi tumpuan kepada data inflasi pada hari Selasa yang bakal menentukan jangkaan kadar faedah seterusnya buat pasaran.
Harga pengguna AS diramalkan terus menunjukkan penurunan tetapi pada kadar lebih perlahan daripada 6.5% kepada 6.2% tahun ke tahun pada bulan Januari.