“Hmmm bila la agaknya harga BTC nak naik, penat dah menunggu ni.”
Menurut firma perisikan blockchain Akrham, whales mata wang kripto Bitcoin (BTC) telah menggerakkan lebih 31,000 aset digital tersebut bernilai $822 juta daripada cold wallet mereka, oleh itu terdapat kebimbangan sama ada harganya akan terkesan.
Dilaporkan, pegangan BTC firma perdagangan tersebut telah disimpan dalam wallet kekal tidak aktif sejak lewat 2022, di mana wallet itu menerima sebanyak 21,600 BTC terus daripada bursa kripto Binance dan Huobi pada awal Oktober 2022.
Namun perlu diingatkan bahawa Binance telah memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan BTC untuk firma perdagangan tersebut.
Memandangkan FTX menghentikan pengeluaran buat sementara waktu pada awal November, firma perdagangan itu telah mengeluarkan 15,000 daripada akaun Binance mereka seterusnya menyumbang kepada pergerakan dana melalui akaun pertukaran aktifnya ke cold wallet.
Umum mengetahui bahawa urus niaga whales BTC seperti ini dapat mempengaruhi trend pasaran dengan ketara melalui positions beli dan jual yang besar termasuk taktik manipulasi pasaran.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.81% pada paras $26,449 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $512 bilion namun masih mencatatkan penurunan 1.38% sepanjang minggu lepas.
Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula mencanak sekitar 1.49% pada paras $1,803 dengan modal pasaran $216 bilion dan Ripple (XRP) raih 3.08% pada $0.46 seterusnya meningkat 0.34% dalam masa tujuh hari lepas.